Start Date
End Date
Postcode
80000
Personal email
jiptabiz@gmail.com
Company Email
jiptabiz@gmail.com
Contact number
0177719303
Description
Seminar Pembangunan Usahawan India Johor 2026
Seminar Pembangunan Usahawan India Johor dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya saing usahawan India di Negeri Johor melalui perkongsian maklumat terkini berkaitan pembangunan perniagaan, peluang pembiayaan serta bantuan kerajaan.
Program ini merangkumi sesi penerangan mengenai penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam perniagaan untuk membantu usahawan meningkatkan produktiviti, pemasaran dan pengurusan operasi. Peserta juga akan didedahkan kepada strategi TikTok Marketing sebagai platform pemasaran digital yang berkesan bagi memperluaskan capaian pelanggan dan meningkatkan jualan.
Selain itu, pihak Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) akan menyampaikan taklimat berkaitan bantuan dan inisiatif pembangunan usahawan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor. Peserta turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pinjaman perniagaan, geran perniagaan, skim bantuan usahawan serta peluang pembiayaan daripada agensi-agensi berkaitan.
Sebagai nilai tambah kepada masyarakat, program ini juga menyediakan khidmat penerangan dan bantuan pendaftaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bagi membantu peserta memahami syarat kelayakan serta proses permohonan.
Seminar ini bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya maju, celik teknologi dan berupaya memanfaatkan pelbagai bantuan serta peluang yang disediakan oleh kerajaan dan agensi berkaitan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kesejahteraan masyarakat India di Johor.
Target Audience
General
Infozone Category
State
webform_sid
56504
Days
Saturday
Website
https://jiptabiz.site123.me/
Venue
Auditorium JOTIC Level 5, no 2, Jalan Air Molek, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.
Ticket admission
free